POT PET POT PET INSPIRASI ANA - 27/Mei/2010

Salam kawan-kawan, ini perkara benar yang ingin saya kongsikan di Inspirasi Ana. Meskipun baru sahaja saya menapak dalam arena hiasan warna. Saya kena tahu beberapa perkara penting yang harus dititik beratkan. Kali ini saya hanya mahu berkongsi pengetahuan yang saya ada kepada anda semua. Dengan bersumberkan buku-buku, majalah-majalah, katalog-katalog. Saya akan rumuskan sedikit demi sedikit maklumat tersebut mengikut pengetahuan saya serta sedikit bimbingan dari orang kuat tempat kerja saya. Sekiranya terdapat kesalahan, silalah beri teguran. Dengan teguran anda, saya yakin, saya akan dapat memperbetulkan kesalahan saya dan cuba untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Terlebih dahulu, saya ingin mengatakan bahawasanya segala maklumat atau penulisan saya sebelum ini adalah diambil daripada majalah IMPIANA, ANJUNG SERI, HOMEPRIDE, PRIDE, SPACE, ICI COLOUR FUTURE, KATALOG-KATALOG BERKAITAN DENGAN CAT dan SUMBER INTERNET. Di sini saya mahu memberi
kredit kepada mereka kerana memberikan saya inspirasi untuk membuka blog ini. Bukan mahu menciplak, mahu meniru, tetapi maklumat itu adalah fakta yang tidak boleh ditukar-tukar. Saya cuma kena bijak mengolah ayat agar tidak dikatakan meniru 100%. Walau apapun. Ribuan terima kasih kerana tanpa bahan rujukan ini, saya tidak mampu untuk membelah akal untuk mendapatkan maklumat yang terbaik.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, kenapa saya membuka blog ini. Bukankah sudah ada laman-laman web yang berkaitan yang sudah lebih lama bertapak. Kesimpulannya senang, saya mahu mencari
ruang, mencari arah di mana saya harus bertapak. Di mana saya harus letakkan pengetahuan saya agar tidak terperuk begitu sahaja?. Saya yakin, jika saya teruskan niat saya ini, saya mampu mengilhamkan INSPIRASI ANA di satu tempat yang lebih tinggi, insyaALLAH.

Harapan saya, anda semua memberikan
dorongan dan sokongan kepada saya agar saya mendapat lebih idea, lebih maklumat, lebih pengetahuan untuk dikongsi bersama. Memang tiada jalan mudah untuk berjaya. Berusaha itu kunci segalanya..jangan hangat-hangat tahi ayam...kalau mahu hangat, biarlah ianya sehangat api yang membara. Membakar keyakinan diri untuk dapatkan kejayaan. INSPIRASI ANA, satu anugerah, satu pencapaian, satu penilaian....segalanya mungkin dengan warna.

Newer Post Older Post

Leave a Reply

Segalanya mungkin dengan WARNA...serlahkan kediaman anda dengan pilihan WARNA yang menarik....Inspirasi Ana akan membantu menjadikan impian anda menjadi nyata...hanya dengan WARNA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...