August 2010

Perfect White dari Nippon Paint - 25/Ogos/2010

Anda pernah dengar tentang produk baru keluaran Nippon Paint?... Kali ini Inspirasi Ana ingin memperkenalkan anda dengan produk baru ini. Apa itu Perfect White??

Nippon Perfect White dirumuskan untuk melindungi kesihatan dan mesra alam. Ianya tidak berbau, tiada merkuri dan rendah kandungan VOC. Sesuai untuk siling dan dinding.

Keistimewaan Produk ini :

Kuasa pelindungan yg baik.
Kurang bau dan kurang VOC.
Warna putih yang berkuasa.
Sesuai untuk dinding.
Kemasan Matt (tidak berkilat).







Warna Kediaman Saya 25/Ogos/2010

Warna memainkan peranan penting dalam memastikan ruang rumah tampak tenang dan harmoni. Seperti yang dijanjikan, saya di Inspirasi Ana akan menunjukkan tema warna kediaman saya.

Warna yang menjadi pilihan adalah bertemakan 'COOL NEUTRAL' iaitu warna kelabu. Kenapa kelabu menjadi pilihan??Ini kerana warna kelabu akan menampakkan suasana yang tenang. Kelabu juga adalah warna yang elegant. Pemilihan warna kelabu gelap dijadikan sebagai 'feature wall' adalah sangat sesuai apabila warna kelabu terang diaplikasikan ke semua ruang dinding.



Salam Ramadhan...22/Ogos/2010

Di kesempatan ini, Inspirasi Ana ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat sekalian... Semoga bulan Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat buat anda semua....

Kali ini Inspirasi Ana mahu berkongsikan pendapat mengenai warna cat sempena perayaan yang bakal menjelang tiba. Warna apa yang menjadi pilihan di musim perayaan ini??semuanya terpulang kepada anda yang memilihnya. Saya sekadar boleh membantu dengan memberi idea serta pendapat mengenai warna pilihan anda.

Baiklah, mesti anda mahu tahu warna apa menjadi pilihan Inspirasi Ana sempena perayaan ini?Mungkin juga akan dikatakan ketinggalan zaman, namun warna ini menyerlah ruang kediaman saya. Kenapa?kerana saya berani bermain dengan warna gelap dan warna terang pula saya jadikan pelengkap untuk meneutralkan warna gelap yang saya gunakan.

Contoh warna kediaman saya akan saya kongsikan kepada anda semua dalam masa terdekat... nantikan ya...

Newer Posts Older Posts

Segalanya mungkin dengan WARNA...serlahkan kediaman anda dengan pilihan WARNA yang menarik....Inspirasi Ana akan membantu menjadikan impian anda menjadi nyata...hanya dengan WARNA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...