2010

Iklan Promo (19 Disember 2010)

Kepada anda semua.... Iklan ini adalah di bawah kompeni tempat saya bekerja. Iklan ini juga di keluarkan di majalah City Explorer keluaran Disember 2010 bagi zon Negeri Sembilan.

Promosi bulan Disember ialah voucher RM25 bagi setiap pembelian 2x5liter Jotashield dan Majestic Eco Health. Selain itu voucher RM30 turut diberikan bg setiap pembelian 2x15liter Jotashield.


(Iklan Disember 2010)
p/s : design iklan ini telah di edit...harap maklum..



Ini pula iklan untuk bulan Januari 2011. Masih belum dikeluarkan lagi. Buat pengetahuan anda iklan ini akan dikeluarkan di majalah Metro Liv edisi Negeri Sembilan pada Januari nanti.

Kali ini saya mahu memperkenalkan anda produk terbaru keluaran KCC Paint iaitu Korevon-Spotless 3 in 1. Produk ini mempunyai kelebihan tersendiri. Sekiranya anda berminat, cubalah pula keluaran terbaru KCC Paint ini...


(Iklan Januari 2011)
p/s : design iklan ini telah di edit...harap maklum..


*Design iklan ini adalah 100% dibuat oleh saya sendiri untuk kompeni tempat saya bekerja. Sekiranya kurang jelas dan iklan ini tidak menarik...harap dimaafkan....=)

SKEMA WARNA MR.PAINT MAN (19 Disember 2010)

Salam sejahtera buat anda semua...kali ini Inspirasi Ana membawakan anda menilai pilihan warna yang telah dibuat oleh salah seorang daripada rakan2 kita. Pemilihan warna2 yang berani akan tampak menyerlah apabila 2 warna yang kontra ini dikombinasikan bersama2.


(warna rumah asal sebelum diubah suai dan dicat semula)



(selepas diubah suai dan dicat semula.)

Warna yang menjadi pilihan ini ialah datangnya dari produk keluaran Mr.Paint Man. Terdapat 3 warna utama yang digunakan untuk rumah ini yg terdiri dari warna hijau kuning, ungu coklat dan putih.



1. Nama Warna : Espresso (ungu coklat)

Kod Warna : 2847C


2. Nama Warna : Golden Olive (hijau kuning)

Kod Warna : 2672C


3. Nama Warna : White

Kod Warna : w15004







Nippon Promotion...12 Disember 2010


hai kawan2...maafkan saya kerana terlewat mengupdate Inspirasi Ana...sesungguhnya kesibukan menghalang diri untuk bersama anda semua...

Okey..kali ini...apa kata anda semua dapatkan cat Nippon Paint di pasaran. Kenapa saya berkata begitu??ini kerana, saya mahukan anda tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan ganjaran terhebat daripada Nippon....


promosi telah dilanjutkan...


Jangan lepaskan peluang ya....Di dalam tin cat 5 Liter Nippon Paint ini terdapat 4 jenis keychain yang perlu anda cari...sekiranya bertuah...anda akan memenangi patung blobby setinggi 2 kaki ataupun TV LCD.


inilah 4 jenis blobby yang perlu anda dapatkan untuk
mendapatkan ganjaran yang disediakan...



contoh blobby yg akan dimenangi...



p/s : kalau nak info lagi lanjut...bolehla layari....


Nippon Odourless Air Care - 01/11/10

Hai semua... sudah lama Inspirasi Ana menyepi. Namun pada kali ini, saya ingin berkongsi maklumat mengenai cat kemasan dalaman daripada Nippon Paint iaitu Odourless Air Care. Sepertimana yang kita maklum, terdapat pelbagai jenis cat yang ada cuma bezanya adalah, fungsi dan kualitinya. Di sini, saya akan menerang sedikit mengenai Odourless Air Care.

Apakah itu Odourless Air Care??? dalam bahasa melayu yang mudah diterjemahkan ialah Tiada Bau dan Bebas Udara. Apa pula makna tersirat di sebaliknya?... Baiklah, dari kefahaman saya sendiri, cat ini berfungsi untuk menghalang tindakan formaldehyde ke atas ruang udara kawasan rumah anda serta menghalang pencemaran udara yg berlaku. Ianya dapat menaikkan lagi kualiti udara di kediaman anda. Cat ini mampu memberikan ruang yang selamat kepada pengguna.


video

Perfect White dari Nippon Paint - 25/Ogos/2010

Anda pernah dengar tentang produk baru keluaran Nippon Paint?... Kali ini Inspirasi Ana ingin memperkenalkan anda dengan produk baru ini. Apa itu Perfect White??

Nippon Perfect White dirumuskan untuk melindungi kesihatan dan mesra alam. Ianya tidak berbau, tiada merkuri dan rendah kandungan VOC. Sesuai untuk siling dan dinding.

Keistimewaan Produk ini :

Kuasa pelindungan yg baik.
Kurang bau dan kurang VOC.
Warna putih yang berkuasa.
Sesuai untuk dinding.
Kemasan Matt (tidak berkilat).







Warna Kediaman Saya 25/Ogos/2010

Warna memainkan peranan penting dalam memastikan ruang rumah tampak tenang dan harmoni. Seperti yang dijanjikan, saya di Inspirasi Ana akan menunjukkan tema warna kediaman saya.

Warna yang menjadi pilihan adalah bertemakan 'COOL NEUTRAL' iaitu warna kelabu. Kenapa kelabu menjadi pilihan??Ini kerana warna kelabu akan menampakkan suasana yang tenang. Kelabu juga adalah warna yang elegant. Pemilihan warna kelabu gelap dijadikan sebagai 'feature wall' adalah sangat sesuai apabila warna kelabu terang diaplikasikan ke semua ruang dinding.



Salam Ramadhan...22/Ogos/2010

Di kesempatan ini, Inspirasi Ana ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat sekalian... Semoga bulan Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat buat anda semua....

Kali ini Inspirasi Ana mahu berkongsikan pendapat mengenai warna cat sempena perayaan yang bakal menjelang tiba. Warna apa yang menjadi pilihan di musim perayaan ini??semuanya terpulang kepada anda yang memilihnya. Saya sekadar boleh membantu dengan memberi idea serta pendapat mengenai warna pilihan anda.

Baiklah, mesti anda mahu tahu warna apa menjadi pilihan Inspirasi Ana sempena perayaan ini?Mungkin juga akan dikatakan ketinggalan zaman, namun warna ini menyerlah ruang kediaman saya. Kenapa?kerana saya berani bermain dengan warna gelap dan warna terang pula saya jadikan pelengkap untuk meneutralkan warna gelap yang saya gunakan.

Contoh warna kediaman saya akan saya kongsikan kepada anda semua dalam masa terdekat... nantikan ya...

Apa ada pada Jotun? 27/Julai?2010

Salam semua, maafkan saya kerana mengambil masa yang lama untuk meng'update' blog Inspirasi Ana ini. Kali ini, saya mahu berkongsi dengan anda tentang produk keluaran Jotun yang kini semakin gah namanya.


Anda tahu mengenai produk keluaran terbaru Jotun?. Kini, Jotun memperkenalkan Majestic Eco Health yang berupaya melindungi kediaman anda dari pelbagai sudut. Gambar2 di bawah saya shoot semasa roadshow Jotun di tempat kerja saya.

Anda sebagai pengguna harus bijak menilai cat yang mana berkualiti, melindungi serta berbaloi2....








PANDUAN KESELAMATAN 25/Jun/2010

Keselamatan semasa mengecat amat dititikberatkan dalam proses pengecatan. Anda perlu tahu di antara panduan keselamatan semasa mengecat.

Baca label dan fahami amaran yang diberikan. Pakai topi, sarung tangan dan pelindung mata yang sesuai.

Jauhkan cat daripada kanak-kanak.

Simpan lebihan cat di tempat yang sejuk, kering dan berudara.

Sekiranya terkan amata, cuci tangan dengan air yang banyak, dapatkan rawatan sekiranya sakit berterusan.

Sekiranya terkena kulit, kesat segera dengan kain dan cuci dengan air da sabun.

Tutup tin dengan rapat selepas digunakan. Jagan biarkan cat terdedah.
Gunakan beg sampah khas untuk cat dan pastikan ia dibuang kedalam tong sampah yang bertutup.

Pastikan peredaran udara yang baik ketika mengecat. Buka tingkap dan pintu sekiranya terdapat bau yang kurang menyenangkan.

Langkah-langkah semasa mengecat perlu diikuti bagi memastikan hasil yang terbaik serta mengurangkan kesan kotor.

Siling – mulakan dengan mengecat siling bagi mengelakkan daripada cat menitik keatas permukaan yang baru dicat. Cat mengikut arah lebar terpendek untuk hasil yang lebih sekata.


Dinding – mulakan dengan sempadan dinding dan sapukan kebawah. Pada dinding atau pintu, cat bahagian atas diikuti bahagian tepi dan bawah.


Pintu dan Tingkap – tutup kawasan seperti tombol/sendal yang tidak perlu dicat dengan pita pelekat. Cat dalam bahagian dalam bingkai, diikuti bahagian luar. Untuk pintu, cat permukaan yang timbil diikuti panel, segmen mendatar, segmen menegak dan diakhiri dengan bingkai.


Lantai – bahagian terakhir, selepas cat pada dinding, pintu dan tingkap kering.

Setelah anda mengetahui cara-cara untuk melakukannya dnegan betul dan selamat, mulakanlah kerja-kerja mengecat anda. Ianya pasti menyeronokkan!!.


READY TO PAINT?? 25/JUN/2010

Sebelum ini inspirasi Ana memberi pengenalan kepada anda mengenai warna. Sudah tahu pilihan warna yang anda mahukan?. Sudah bersediakah anda untuk mengecat?. Apa yang perlu anda tahu ialah, persedian yang rapi dan teratur adalah rahsia bagi kesempurnaan liputan cat. Persediaan perlatan dan ruang yang bertuk adalah amat penting dalam melakukan kerja-kerja mengecat. Ia mampu mengelakkan masalah seperti tompokan pada dinding yang baru di cat serta percikan pada perabot mahal anda.

Langkah yang bijak ialah anda perlu memastikan ruang yang mampu dicat di kosongkan seberapa yang mampu. Seterusnya tampalkan pita berpelekat pada tingkap, birai, sumber lampu, soket dan suis. Tutup perabot dan lantai dengan surat khabar dan akhir sekali pastikan dinding anda bersih daripada sebarang bekas paku, catluntur, rekahan atau lelehan air pada cat lama.

Anda perlu melaksanakan 4 langkah sebelum memulakan pengecatan. Pastikan dinding diperiksa dan semua kesan yang tidak sepatutnya telah diperbetulkan untuk mendapatkan hasil liputan cat yang sekata.

Hole and cracks (Lubang dan Rekahan)

Tampal dengan bahan penampal dan gunakan kertas pasir pada bahagian yang ditampal.


Rough Spots (Permukaan Kasar)

Gunakan kertas pasir untuk meratakan permukaan.


Popped Nails (Bekas Paku)

Tampal dengan bahan penampal.


Loose Paints (Cat Terkopek)

Kikis dan bersihkan dengan pisau pertukangan (Scraper). Gunakan kertas pasir untuk meratakan permukaan.

Newer Posts Older Posts

Segalanya mungkin dengan WARNA...serlahkan kediaman anda dengan pilihan WARNA yang menarik....Inspirasi Ana akan membantu menjadikan impian anda menjadi nyata...hanya dengan WARNA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...