ANTARA KUALITI DAN JUALAN NAMA (JENAMA) 27/Mei/2010
Setiap kali anda ke kedai cat, pasti akan anda tertanya-tanya, jenama apa yang terbaik, jenama apa yang berkualiti, jenama apa yang selalu dibeli. Pasti juga otak anda sudah di set, jenama apa yang anda mahu. Masuk-masuk kedai, sudah minta jenama tersebut. Ini menandakan anda amat mengambil tahu jenama cat apakah yang terdapat di pasaran sekarang ini. Di sini saya ingin rumuskan serba sedikit pengalaman saya serve customer kepada anda semua.
Ada di kalangan anda, pemikiran mereka sudah disetkan dengan jenama DULUX. Diberi jenama lain, tetap mahu DULUX juga. Kenapa DULUX?. Saya sendiri tidak pasti kenapa anda hanya setkan minda anda kepada satu jenama saja. Adakah kerana anda hanya mengenali jenama ini sahaja??ataupun anda sudah sebati dengan jenama ini sejak dulu lagi??. Itu pilihan anda, saya tidak layak untuk menyangkal kehendak anda.
Kita kupas soal kualiti dan jualan nama. Kenapa saya mengatakan begini?. Mudah saja, ini kerana jenama DULUX sudah lama bertapak di dalam industri ini. Kepercayaan yang tinggi telah diberikan oleh anda sendiri kepada jenama ini. Memang diakui, kualiti DULUX tidak setanding dengan pesaing-pesaing lain. Malahan ketahanan warnanya amat terjamin. Disebabkan itu, DULUX adalah jenama cat yang paling mahal setakat ini jualannya. Jika anda memilih warna istimewa, harganya boleh mencecah RM 200 per 5 liter. Mahal bukan?. Jangan disebut tentang harga, tentang mahal jika anda mahu mendapatkan satu warna kesukaan anda. Betulkan?. Apa ada pada harga, jika kepuasan yang kita nak kita dapat.
JOTUN, jenama cat yang datangnya dari NORWAY. Juga memiliki kualiti yang sama dengan DULUX. Jenama ini semakin disebut-sebut dikalangan penggemar cat. Warna-warna dari JOTUN juga cantik dan pelbagai pilihan yang boleh anda dapatkan. Apakata anda cuba menukar pada JOTUN. Eksperimenkan warnanya dan lihat mutu serta kualitinya. Tidak salahkan jika anda mahu mencuba?. Menurut kata-kata pelanggan yang menggunakan warna JOTUN, mereka berpuas hati kerana mendapat hasil yang mereka inginkan. Maka, tidak mustahil juga pada anda untuk mencuba jenama JOTUN ini.
Kualiti serta jenama NIPPON juga tidak boleh disangkal kehebatannya. Memiliki warna pilihan yang banyak serta menawarkan harga yang berpatutan sesuai dengan pendapatan anda. Bagi anda penggemar jenama NIPPON, pasti sudah mengetahui bagaimana kualitinya. Pasti ada yang mengatakan, bagus, catnya cantik, tahan lama. Bagi mereka yang tidak pernah mencuba NIPPON, cuba anda selami warna pilihan NIPPON walaupun sekali di dalam hidup anda. Pasti anda tidak rugi kerana hasilnya amat membanggakan. Saya sendiri menggunakan NIPPON sebagai jenama pilihan saya kerana saya mendapat hasil yang begitu baik sekali.
Terdapat pelbagai lagi jenama cat di pasaran sekarang. Di antaranya seperti, KCC, Mr. PAINT MAN, SISSON’s, COLOURLAND, TOA dan sebagainya. Masing-masing mempunyai kualiti dan jenama yang sudah dikenali. Hanya anda sebagai pengguna yang tahu jenama apa yang anda mahukan. Jenama apakah yang sesuai untuk kediaman anda. Jenama apa yang murah tapi berkualiti. Itu semua terpulang kepada anda. Bijak memilih, itu yang harus diutamakan.