May 2010

KENALI CAT IDAMAN ANDA...31/Mei/2010

Pelbagai jenama cat di pasaran sekarang. Jenama apa yang menjadi pilihan anda?. Murah atau mahal?, berkualiti atau tidak??. Ada sesetengah pelanggan, tidak kisahkan tentang harga, janji mempunyai kualiti yang baik. Warna yang menarik dan mempunyai ketahanan yang unggul.

Dulux adalah di antara pilihan jenama yang disukai ramai. Mempunyai warna-warna terkini yang unik dan komprehensif. Anda boleh memilih warna yang disukai mengikut kod warna daripada pilihan produk Light and Space, Supreme, Pearl Glo, Pentalite Classic, Pentalite Eazy Clean, Weathershield, Weathershield Max, Gloss Finish dan Satinwood.

Jotun antara warna cat pilihan yang semakin disebut-sebut oleh pengguna. Juga mempunyai kod pilihan warna yang boleh dipilih bedasarkan produk-produk tertentu antaranya ialah Majestic Pearl Silk, Majestic Pearl Matt, Majestic Optima, Jotashield, Jotashiled Flex, Jotashield Extreme, Gardex dan sebagainya. Kini Jotun mengeluarkan produk baru iaitu Majestic Royale yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Anda juga boleh memilih Nippon sebagai jenama pilihan anda. Ini kerana Nippon mempunyai pelbagai warna pilihan yang menarik. Produk baru yang dikeluarkan ialah Nippon Odour-less Air Care. Anda juga boleh memilih pilihan produk yang lain antaranya ialah Satin Glo, Vinilex Fresh, 3 in 1, Spotless, Odourless, Odourlite Soft Matt Finish, Odourlite Gloss Finish, Timbershade, 9000 Gloss Finish, Weatherbond, Weatherbond Advance dan Weatherbond Solarreflect.

Terdapat pelbagai lagi warna cat pilihan yang lain. Di sini saya hanya menerangkan tentang 3 produk utama ini sahaja. Pemilihan jenama apa yang patut anda pilih adalah bergantung kepada diri anda sendiri. Anda perlu bijak memilihnya.... Tepuk dada...tanya hati...memilih warna, biarlah harmoni...


MEMBANCUH CAT SESUKAR MEMBUAT KEK?? 31/Mei/2010

Saya hanya mampu tersenyum apabila ada di antara anda yang tidak tahu bagaimana warna yang anda pilih dihasilkan. Pelbagai tanggapan dan komen yang saya dengar dari mereka yang masih tidak tahu bagaimana warna pilihan anda dibancuh. Perkara yang sama yang pernah saya lalui ketika dahulu. Apa tidaknya, pelbagai tanggapan yang saya buat. Dia bancuh cat?, kacau macam buat kek??kena gaul sampai sebati barulah warna yang saya mahu terhasil. Guna senduk nak mengacau??. Lucu bukan?. Sekarang saya sudah tahu. Bagaimana dengan anda?. Kali ini saya akan berkongsi pengetahuan saya kepada anda.


Apakah di dalam gambar ini??. Ini adalah Ting Ting Mesin. Mesin yang memproses warna anda. Terdapat pelbagai bentuk Ting Ting mesin mengikut jenama masing-masing. Mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk membancuh cat. Sebenarnya, warna yang anda pilih telah dimasukkan kedalam sistem. Setiap warna yang anda pilih, pasti ada kod-kod yang tersendiri. Dengan kod ini, ianya dapat membezakan di antara satu sama lain dan ia penting dalam proses membancuh warna cat anda.

kalau nak tahu, yang putih kita panggil dia base. yang warna sedang drop itulah colourant.

ini adalah fan deck, anda boleh memilih warna di sini.


Kini anda sudah tahu bukan, membancuh cat tidaklah sesukar membuat kek kerana semuanya telah diprogramkan. Anda hanya perlu datang dan memilih warna sahaja. Dan kami akan bancuhkan warna pilihan anda. Anda suka, kami gembira....

ANTARA KUALITI DAN JUALAN NAMA (JENAMA) 27/Mei/2010

Setiap kali anda ke kedai cat, pasti akan anda tertanya-tanya, jenama apa yang terbaik, jenama apa yang berkualiti, jenama apa yang selalu dibeli. Pasti juga otak anda sudah di set, jenama apa yang anda mahu. Masuk-masuk kedai, sudah minta jenama tersebut. Ini menandakan anda amat mengambil tahu jenama cat apakah yang terdapat di pasaran sekarang ini. Di sini saya ingin rumuskan serba sedikit pengalaman saya serve customer kepada anda semua.

Ada di kalangan anda, pemikiran mereka sudah disetkan dengan jenama DULUX. Diberi jenama lain, tetap mahu DULUX juga. Kenapa DULUX?. Saya sendiri tidak pasti kenapa anda hanya setkan minda anda kepada satu jenama saja. Adakah kerana anda hanya mengenali jenama ini sahaja??ataupun anda sudah sebati dengan jenama ini sejak dulu lagi??. Itu pilihan anda, saya tidak layak untuk menyangkal kehendak anda.

Kita kupas soal kualiti dan jualan nama. Kenapa saya mengatakan begini?. Mudah saja, ini kerana jenama DULUX sudah lama bertapak di dalam industri ini. Kepercayaan yang tinggi telah diberikan oleh anda sendiri kepada jenama ini. Memang diakui, kualiti DULUX tidak setanding dengan pesaing-pesaing lain. Malahan ketahanan warnanya amat terjamin. Disebabkan itu, DULUX adalah jenama cat yang paling mahal setakat ini jualannya. Jika anda memilih warna istimewa, harganya boleh mencecah RM 200 per 5 liter. Mahal bukan?. Jangan disebut tentang harga, tentang mahal jika anda mahu mendapatkan satu warna kesukaan anda. Betulkan?. Apa ada pada harga, jika kepuasan yang kita nak kita dapat.

JOTUN, jenama cat yang datangnya dari NORWAY. Juga memiliki kualiti yang sama dengan DULUX. Jenama ini semakin disebut-sebut dikalangan penggemar cat. Warna-warna dari JOTUN juga cantik dan pelbagai pilihan yang boleh anda dapatkan. Apakata anda cuba menukar pada JOTUN. Eksperimenkan warnanya dan lihat mutu serta kualitinya. Tidak salahkan jika anda mahu mencuba?. Menurut kata-kata pelanggan yang menggunakan warna JOTUN, mereka berpuas hati kerana mendapat hasil yang mereka inginkan. Maka, tidak mustahil juga pada anda untuk mencuba jenama JOTUN ini.

Kualiti serta jenama NIPPON juga tidak boleh disangkal kehebatannya. Memiliki warna pilihan yang banyak serta menawarkan harga yang berpatutan sesuai dengan pendapatan anda. Bagi anda penggemar jenama NIPPON, pasti sudah mengetahui bagaimana kualitinya. Pasti ada yang mengatakan, bagus, catnya cantik, tahan lama. Bagi mereka yang tidak pernah mencuba NIPPON, cuba anda selami warna pilihan NIPPON walaupun sekali di dalam hidup anda. Pasti anda tidak rugi kerana hasilnya amat membanggakan. Saya sendiri menggunakan NIPPON sebagai jenama pilihan saya kerana saya mendapat hasil yang begitu baik sekali.

Terdapat pelbagai lagi jenama cat di pasaran sekarang. Di antaranya seperti, KCC, Mr. PAINT MAN, SISSON’s, COLOURLAND, TOA dan sebagainya. Masing-masing mempunyai kualiti dan jenama yang sudah dikenali. Hanya anda sebagai pengguna yang tahu jenama apa yang anda mahukan. Jenama apakah yang sesuai untuk kediaman anda. Jenama apa yang murah tapi berkualiti. Itu semua terpulang kepada anda. Bijak memilih, itu yang harus diutamakan.

POT PET POT PET INSPIRASI ANA - 27/Mei/2010

Salam kawan-kawan, ini perkara benar yang ingin saya kongsikan di Inspirasi Ana. Meskipun baru sahaja saya menapak dalam arena hiasan warna. Saya kena tahu beberapa perkara penting yang harus dititik beratkan. Kali ini saya hanya mahu berkongsi pengetahuan yang saya ada kepada anda semua. Dengan bersumberkan buku-buku, majalah-majalah, katalog-katalog. Saya akan rumuskan sedikit demi sedikit maklumat tersebut mengikut pengetahuan saya serta sedikit bimbingan dari orang kuat tempat kerja saya. Sekiranya terdapat kesalahan, silalah beri teguran. Dengan teguran anda, saya yakin, saya akan dapat memperbetulkan kesalahan saya dan cuba untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Terlebih dahulu, saya ingin mengatakan bahawasanya segala maklumat atau penulisan saya sebelum ini adalah diambil daripada majalah IMPIANA, ANJUNG SERI, HOMEPRIDE, PRIDE, SPACE, ICI COLOUR FUTURE, KATALOG-KATALOG BERKAITAN DENGAN CAT dan SUMBER INTERNET. Di sini saya mahu memberi
kredit kepada mereka kerana memberikan saya inspirasi untuk membuka blog ini. Bukan mahu menciplak, mahu meniru, tetapi maklumat itu adalah fakta yang tidak boleh ditukar-tukar. Saya cuma kena bijak mengolah ayat agar tidak dikatakan meniru 100%. Walau apapun. Ribuan terima kasih kerana tanpa bahan rujukan ini, saya tidak mampu untuk membelah akal untuk mendapatkan maklumat yang terbaik.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, kenapa saya membuka blog ini. Bukankah sudah ada laman-laman web yang berkaitan yang sudah lebih lama bertapak. Kesimpulannya senang, saya mahu mencari
ruang, mencari arah di mana saya harus bertapak. Di mana saya harus letakkan pengetahuan saya agar tidak terperuk begitu sahaja?. Saya yakin, jika saya teruskan niat saya ini, saya mampu mengilhamkan INSPIRASI ANA di satu tempat yang lebih tinggi, insyaALLAH.

Harapan saya, anda semua memberikan
dorongan dan sokongan kepada saya agar saya mendapat lebih idea, lebih maklumat, lebih pengetahuan untuk dikongsi bersama. Memang tiada jalan mudah untuk berjaya. Berusaha itu kunci segalanya..jangan hangat-hangat tahi ayam...kalau mahu hangat, biarlah ianya sehangat api yang membara. Membakar keyakinan diri untuk dapatkan kejayaan. INSPIRASI ANA, satu anugerah, satu pencapaian, satu penilaian....segalanya mungkin dengan warna.

10 CARA MEMILIH WARNA - 26/Mei/2010

Mencipta kesinambungan.

Penting kerana setiap ruang mempunyai kesinambungan warna dengan ruang yang lain.

Penegasan perincian

Sekiranya ingin menggunakan warna yang terang tetapi gusar digayakan pada keseluruhan ruang, catkan ruang dengan rona putih dan gayakan aksesori atau kemasan dengan rona yang terang.

Fokus kepada penggunaan ruang.

Membuat pilihan warna berpandukan fungsi ruang bagi menimbulkan keserasian.

Cuba dos yang kecil

Usah guna warna yang sama pada keseluruhan kamar kerana bakal tampil kaku dan bosan.

Mulakan dengan barangan kegemaran.

Dinding putih memberikan kebebasan dalam bermain warna dalam kemasan lembut, aksesori dan perabot. Kini terdapt pilihan nuansap putih yang tidak statik kepada rona yang biasa sahaja.

Fikirkan semula putih

Fikirkan tempat yang anda suka dan bawakan warna itu keruang kediaman.

Visualkan ruang kegemaran.

Pemilihan perabot, kemasan ataupun aksesori dengan padanan rona yang sama dapat menunjukkan keharmonian pada penataan ruang.

Padanan warna

Pemilihan perabot, kemasan ataupun aksesori dengan padanan roana yang sama dapat mewujudkan keharmonian pada penataan ruang.

Catkan hanya satu dinding

Sekiranya anda guisar tentang warna, hantya catkan 1 panel dinding dengan warna yang kuat, manakala dinding yang lain dengan rona putih di mana bakal bertindak sebagai titik tumpu.

Lihat diluar tingkap anda.

Cuba perhatikan apa yang dapat dilihat diluar kediaman anda dan pilih warna yang boleh dipadankan di ruang dalam. Ini dapat mewujudkan interaksi di antara 2 buah ruang yang berbeza agar lebih mesra.

WARNA-WARNA CAT - 25/Mei/2010

Anda tahu pilihan warna cat yang sesuai untuk kediaman anda? Anda tahu bagaimana warna pilihan anda akan dihasilkan? Pasti pelbagai pendapat dan cara yang akan anda fikirkan. Jadi, jangan memeningkan kepala anda kerana Inspirasi Ana sedia membantu anda dalam memilih warna cat yang anda impikan.

Warna apa yang sesuai? Ya, setiap kali anda ingin memilih cat, pasti persoalan ini akan dibangkitkan. Dan setiap kali itulah, saya akan menanyakan kembali warna apa yang menjadi kegemaran anda. Bukan mudah untuk mendapatkan warna yang ideal sesuai dengan kediaman anda. Melalui perbincangan demi perbincangan, pilihan demi pilihan, maka keputusan perlu diambil dengan segera agar anda tidak rambang mata lagi untuk memilih warna lain.

Sememangnya kerja mengecat adalah sukar, apatah lagi mahu mendapatkan hasil yang menarik Bagaimana untuk anda mendapatkan warna yang menarik?, rahsianya adalah dengan menggunakan lebih daripada satu warna. Tidak mengapa kalau warna-warna yang dipilih itu bertentangan, asalkan warna itu adalah serasi. Anda juga boleh memilih warna di dalam keluarga yang sama, tapi berlainan tonanya. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna anda perlu menerapkan warna-warna itu pada satu medium sahaja, sebaliknya anda boleh menjadikan 4 medium berikut sebagai asas :-

Warna Asal

Rumah diibaratkan seperti kanvas tetapi bukan kosong kerana diisi oleh pelbagai benda dan bahan. Oleh itu, warna bumbung, rel dan tingkap yang tidak dicat harus diteliti. Warna baru tidak semestinya diseragamkan dengan warna lama, yang penting kesuluhan kediaman anada tampak harmoni.

Warna ruang dalaman

Unsur yang tidak penting seperti sarung bantal dan cadar tidak perlu dititikberatkan dalam pemilihan warna cat. Paling penting ialah memastikan warna yang dipilih itu serasi dengan warna kemasan dalaman seperti langsir dan perabot, bahkan ini adalah ciri penting untuk memilih warna dalaman.

Warna penegasan

Bergantung kepada ukuran dan tahap keunikan rumah, anda boleh memilih dua, tiga atau selebihnya warna untuk diberikan penegasan di dalam sesuatu ruang. Warna-warna ini boleh diserapkan ke atas tiang rangka dinding dan panel. Walaubagaimanapun berhati-hatilah, kerana memilih warna yang pelbagai akan mencacatkan pemandangan anda.

Gelap dan cerah

Warna yang cerah akan menampakkan ruang rumah anda luas, sebaliknya warna yang gelap menampakkan kesan sempit walaupun menonjolkan penegasan dan daya tarikan. Warna lembut pula menenggelamkan penampilan seni kemasan dinding.

Harmoni dan bertentangan

Warna yang bertentangan menonjolkan keindahan seni bina, tetapi pertentangan yang berlebihan boleh mewujudkan kesan bercelaru dan menjejaskan ciri keindahan. Sekiranya mahu memilih banyak warna, pemilihan dari keluarga yang sama adalah lebih selamat. Untuk memberi penegasan, pilih warna yang sama, tetapi tona yang berbeza sama ada lebih gelap atau lebih terang berbanding memilih warna yang berlainan.

Keseimbangan

Memilih satu warna mampu meonjolkan kehadiran kelengkapan/perhiasan di dalam rumah. Jika mahu menggunakan pelbagai warna, cuba seimbangkan pilihan warna anda dengan kelengkapan/perhiasan.

Ketahanan

Lebih kuat tona warna yang digunakan seperti biru terang dan merah pekat, lebih cepat pudar. Warna yang pekat akan menimbulkan masalah penyelenggaraan kerana meresap haba dan menimbulkan masalah risiko kelembapan. Warna yang sudah pudar tidak boleh diperbetulkan dengan sapuan pada bahagian tertentu kerana akan menimbulkan kesan tompokan, sebaliknya perlu dicat semula secara menyeluruh.

Seni

Pilih sama ada mahu menggunakan cat jenis berkilat, separuh kilat atau biasa. Sebarang kecacatan akan mudah dilihat pada permukaan berkilat seperti kesan berus yang tidak rata atau cat pembaikan (touch-up). Namun permukaan berkilat adalah lebih mudah untuk dicuci. Cat jenis biasa kebiasaanya digemari oleh orang ramai dan cat berkilat biasanya digunakan untuk rel, tiang dan rangka.

Penipuan warna

Warna cat akan kelihatan berlainan dibawah cahaya dan akan lebih cerah dipermukaan yang luas. Oleh itu dinasihatkan menguji dahulu warna pilihan sebelum membeli jumlah cat yang diperlukan.


PERINGATAN

Jangan terburu-buru membuat keputusan.

Sekiranya anda menggemari sesuatu warna, gunakannya di mana-mana ruang di dalam rumah. Pilihlah warna yang dapat menunjukkan keperibadian anda dan warna tersebut mampu berinteraksi dengan kelengkapan dan perhiasan kesukaan anda.

Jangan abaikan psikologi warna

Jangan sesekali berfikir anda boleh memilih warna gelap seperti oren, merah, biru terang boleh mencipta suasana ruang yang tenang, ini kerana warna-warna ini sesuai digunakan untuk ruang bermain ataupun ruang keluarga di mana pelbagai aktiviti berlangsung. Oleh itu, pemilihan warna yang sesuai dengan ruang perlu dititikberatkan agar dapat menimbulkan keserasian. Anda perlu ingat bahawasanya, pelbagai jenis warna yang boleh dipilih, tidak semestinya biru yang kita inginkan adalah biru yang kita fikirkan dan putih tidak semestinya tiada tona. Anda juga perlu melihat jangkauan warna sebenar untuk mengenalpasti sama ada warna itu gelap, cerah, pudar atau terang.

RAHSIA DI SEBALIK WARNA - 24/Mei/2010

Warna mempunyai rahsia di sebaliknya. Anda mungkin meminati warna merah jambu, biru, hijau ataupun hitam. Di sebalik warna kegemaran anda ini, tersingkap sebuah rahsia yang mungkin sama seperti peribadi anda. Apa kata anda sendiri menilai rahsia disebalik warna kesukaan anda tanpa ragu-ragu lagi...


UNGU
- seorang yang berkedudukan
- kecanggihan
- kelihatan formal
- bersifat kemuliaan
- berkuasa
- sangat glamour
OREN
- keberanian
- yakin terhadap diri
- sayang yang berlimpahan
- mempunyai tenaga
- daya penarik yang hebat
- kekuatan yang terserlah
BIRU
- memberi ketenangan
- membawa kepada kententeraman
- keselesaan yang abadi
MERAH
- mempunyai kuasa
- daya keghairahan yang tinggi
- lambang kecintaan
- kelajuan
- sumber kepentingan
- ketenangan
- kesetiaan
- kepercayaan
- keselamatan
KUNING
- seorang yang cerdik
- menjadi kesukaan ramai
- seorang yang kreatif
- daya juang yang tinggi
HIJAU
- sentiasa kelihatan segar
- ketrampilan yang ssemula jadi
- sihat
- pembesaran yang ideal
- kehidupan yang harmoni
- penyebab pembaharuan
MERAH JAMBU
- seorang yang feminin
- berfikiran positif
- kehidupan yang baik
- sentiasa riang
HITAM/KELABU
- seorang yang berketrampilan
- bermutu dan bergaya
- kecanggihan

WARNA DAN TEMA - 24/Mei/2010

Hai semua, Inspirasi Ana kali ini membawakan anda mengenal tema-tema yang terdapat dalam warna. Pelbagai tema yang ada di mana anda perlu tahu di mana warna-warna ini di kategorikan. Di antara tema-tema yang telah diklasifikasikan ialah :


SUAM-SUAM (WARM)Terdiri daripada warna kuning, oren, coklat, kuning kehijauan, dan oren kemerahan.

Exiting, provide us energy & get us up and moving.


SEJUK (COOL)

Terdiri daripada warna biru, hijau, merah jambu, ungu, biru kehijauan dan margenta.

Tenang, selesa, sejuk dan nyaman.


BUMI (EARTH)

Terdiri dalam keluarga coklat, tans, kelabu, hijau, oren, putih, biru dah sedikit merah.

Berhubung dengan warna universal yang terdapat pada pokok, batu, pasir dan sebagainya.

Warna yang selamat, berkarisma, berharga dan tampak kehijauan.


PUTIH BERWARNA (OFF WHITE) / NATURAL

Ianya bukan bewarna putih tetapi mempunyai kualiti yang sama dengan warna putih.

Mempunyai ketulenan yang lembut serta bersih seperti warna beige dan ivory.

Warna yang mewah, bergaya, mahal dan berharga, tampak kehijauan dan menenangkan.


HARMONI

Penghasilan warna bedasarkan satu HUE (warna)

Sebagai contoh :- Biru terang – Biru – Biru Gelap

Dua atau lebih warna yang digabungkan akan menghasilkan efek yang berbeza.


KELABU

Warna diantara hitam dan putih.

Ianya adalah neutral dan mempunyai keseimbangan warna.

Kelabu + Kuning = Kelabu Suam

Kelabu + Biru = Kelabu Sejuk

Warna ini adalah warna yang bergaya, berkarisma, moden dan berharga.


TEKNOLOGI TINGGI (HI-TECH)

Memberi pewarnaan yang tinggi nilainya dan bertenaga.

Warna yang betujuan untuk menonjolkan sesuatu contoh seperti pasaraya ataupun tadika.

Gelap

Contoh : Oren dan Hitam

Warna ini boleh menarik perhatian, kelihatan moden dan bergaya.


KEPELBAGAIAN JENIS WARNA - 23/Mei/2010

Kali ini Inspirasi Ana akan membantu anda dalam mengenal warna. Jenis-jenis warna yang terdapat di dalam persekitaran kita. Anda perlu tahu beberapa kategori warna. Di antaranya ialah :-

Primary Colour (Warna Utama)

MERAH, BIRU, KUNING

Secondary Colour (Warna Kedua)

UNGU,HIJAU,JINGGA

Tertiary Colour (Warna Tertiari)

BIRU-HIJAU,BIRU-UNGU,MERAH-OREN,KUNING-OREN,KUNING-HIJAU



Kita juga perlu tahu juga kaedah ini :-

1) Hue (Corak) = warna

2) Shade (Variasi) = warna + hitam

3) Tone (Tona) = warna + kelabu

4) Tint (Tint) = warna + putih


Terdapat 4 pilihan dalam menentukan warna yang anda gemari.

Monochromatic (satu warna)

Pilih satu warna, contohnya hijau kuning dan hasilkan skema warna bedasarkan pelbagai tona dan kepekatan warna hijau-kuning. Anda juga boleh menaikkan seri hijau dengan menambahkan warna-warna neutral seperti putih dan kelabu.

Triadic (tiga warna)

Pilih tiga warna yang jaraknya sama di antara satu sama lain seperti jingga, hijau dan ungu. Untuk hasil yang lebih menarik, pilihlah satu warna terang dan dua lagi warna lembut.

Adjacent (Bersebelahan)

Roda warna amat berguna apabila anda ingin menggabungkan beberapa warna. Gabungkan warna utama atau warna kedua dengan warna ketiga. Pilih dua atau tiga warna yang bersebelahan dalam lingkungan 90 darjah. Contohnya kombinasi merah dengan merah jingga dan jingga.

Complementary (Pelengkap)

Di sini, kontras memainkan peranannya. Pilih dua warna yang kedudukannya bertentangan antara satu sama lain. Contohnya ungu dan kuning. Anda akan mendapat satu hasil pertembungan dua warna yang berbeza dan penuh bertenaga.

WARNA ADALAH SEGALANYA - 23/Mei/2010

Warna adalah universal yang menghubungkan dan membantu kita menyelami dunia ini dengan nyata. Dalam kehidupan harian, kita terbahagi dengan satu daya imaginasi yang membawa kita menyelami warna secara dalaman. Kita sendiri akan merasakan ketenangan, keharmonian dan kegembiraan apabila minda dan emosi kita berhubung dengan warna. Perkongsian warna dalam persekitaran kehidupan kita adalah penghubung segalanya.

Inspirasi Ana akan lebih membantu anda dalam pemilihan warna. Menjadikan kediaman anda lebih menarik, lebih harmoni dan lebih bertenaga. Inspirasi Ana menjadikan impian anda menjadi nyata.

Sebelum itu, mari kita selami dahulu tentang WARNA.


Bedasarkan rajah di atas, matahari adalah sumber cahaya. Epal adalah objek yang kita nampak. Mata dan otak pula adalah alat pengesan. Melalui gambaran di atas, kita dapat mengetahui bahawa matahari adalah sumber cahaya yang paling penting untuk kita menafsirkan sesuatu objek. Apabila kita melihat, otak kita akan mula berfikir melalui 2 sensor iaitu “root” dan “cone”. Setelah itu, barulah otak kita akan dapat mentafsirkan apakah objek itu bedasarkan warna yang kita lihat. Mudahkan??.

Sekarang, kita perlu mengetahui tentang warna utama. Warna yang terhasil dari imbasan 7 warna iaitu :-


Melalui campuran warna di atas, maka akan terhasil pelbagai jenis warna yang kita dapat lihat sekarang ini. Kombinasi warna-warna ini akan menjadikan kehidupan kita lebih sempurna.

INSPIRASI ANA - 22/Mei/2010

Salam semua...tanpa kita sedar, kita sedang menuju ke satu arah perubahan teknologi secara drastik... pelbagai fenomena yang dapat kita lihat dari pelbagai sudut. Bangunan-bangunan semakin tinggi mencakar langit, kegeniusan pelajar-pelajar semakin berkembang, wujudnya komuniti yang berbilang bangsa yang semakin erat dengan adanya slogan 1 MALAYSIA... ini membuktikan, kita semakin maju, kita semakin bijak.

Di sini, Inspirasi Ana membawa anda menyelami dunia warna. Warna yang menyerikan kehidupan seharian kita. Cuba anda ibaratkan sekeping kanvas tanpa warna?, tentu membosankan bukan?. Apabila kita calitkan sedikit warna pada kanvas tersebut, tentu mood anda akan berubah. Di sini, warna amat memainkan peranan dalam segala hal, dari segala bentuk mahupun aktiviti harian kita. Apa yang akan jadi sekiranya kita hidup dengan warna hitam dan putih sahaja?. Yang pastinya kita tahu, pasti kita tidak akan merasa puas dengan apa yang kita lihat.

Di mana datangnya warna?. Anda tahu di mana sumber utama wujudnya warna?. Jika anda tahu, memang anda seorang yang peka terhadap warna. Persepsi tentang warna adalah bersumberkan CAHAYA. Cahaya memainkan peranan penting dalam kewujudan warna. Tanpa cahaya, kita tidak akan dapat melihat keindahan warna yang telah diciptakan kepada kita. Sumber cahaya di antaranya ialah matahari, lilin, lampu dan sebagainya.

Jadi, warna dapat mengilhamkan kita, dapat menceriakan kita dan warna juga memberikan kita satu keindahan yang tak terkata. Warnailah hidup anda dengan keindahan WARNA.

Newer Posts

Segalanya mungkin dengan WARNA...serlahkan kediaman anda dengan pilihan WARNA yang menarik....Inspirasi Ana akan membantu menjadikan impian anda menjadi nyata...hanya dengan WARNA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...