SKEMA WARNA JOTUN - 1/Jun/2010
Skema 1
kod warna 1 : S1580-Y90R
kod warna 2/3/4 : S2005-Y60R
Warna merah dijadikan titik tumpu di dalam penataan ruang tamu ini. Warnanya yang garang nampak menyerlah dan menambahkan lagi keupayaan pada mental dan fizikal anda. Warna merah juga lambang semangat dan amat sesuai digunakan di ruang tamu. Bagi keseluruhan dinding ruang tamu ini, warna coklat muda dijadikan pelengkap kepada keseluruhan ruang. Warna ini dapat menonjolkan ruang tamu agar kelihatan segar dan bertenaga.
skema 2
kod warna 1 : S4502-B
kod warna 2/3/4 : S0502-Y50R
Kilauan warna kelabu menjadikan ruang tamu kelihatan moden. Kelabu gelap dijadikan sebagai titik tumpu mampu menyerlahkan ruang tamu ini. Penonjolan warna kelabu gelap dapat dilihat apabila warna neutral putih disemarakkan di keseluruhan ruang dinding. Ruang tamu ini mampu memberikan impak moden dan kelihatan harmoni.
kod warna 1 : S0560-G90Y
kod warna 2/3/4 : S5500-N
Kuning adalah warna di raja. Kuning juga melambangkan kemewahan. Warna kuning yang dijadikan titik tumpu mampu menaikkan seri ruang. Kombinasi kuning kelabu memberi impak suam pada kesuluruhan ruang. Penataan warna ini amat sesuai sekali kerana warna kuning kelihatan gah disamping kelabu yang harmoni ini.
skema 4
kod warna 1 : S0570-G30Y
kod warna 2/3/4 : S0530-G30Y
Kombinasi 2 tona hijau yang berbeza ini mampu menyerlahkan ruang tamu anda. Hijau yang lebih gelap dijadikan titik tumpu menaikkan lagi seri ruang ini. Hijau mendatangkan mood kesegaran. Perasaan tenang dan nyaman kian terserlah apabila hijau dari tona yang terang melatari keseluruhan ruang. Warna hijau juga menyerlahkan kepentingan kesejahteraan, penyembuhan dan pemeliharaan sebagai aspek penting kehidupan yang selesa.