SERLAHKAN KEPERIBADIAN RUANG KAMAR... 7/Jun/2010
kod warna 1 : 0911
kod warna 2 : G150 (oxford grey)
Ruang kamar akan lebih teserlah dengan warna kemerahan ini. Kehangatan warna merah menjalinkan semangat berani dan menjadikan bilik ini penuh dengan ketenangan. Warna neutral kelabu ini menjadikan bilik semakin menyerlah. Sesuai dengan tema moden, gabungan warna ini mampu menarik perhatian anda yang mahukan kelainan diruang kamar.
kod warna 1 : S4040-R50B
kod warna 2 : S1020-R50B
Menggunakan hanya satu warna iaitu warna ungu. Namun anda perlu bijak memilih kepekatan tona warna sama ada mahukan ungu yang lebih gelap ataupun ungu yang terang. Ungu mampu memberikan suasana romantik dan boleh menyerlahkan cahaya glamour di ruang kamar anda.
kod warna 1 : 5136
kod warna 2 : 0749
Penggunaan warna biru laut ini amat menenangkan hati. Sesuai kepada anda yang mahukan suasana yang damai, sejuk dan santai. Warna biru laut lembut ini mampu memberikan kesegaran kepada mata anda. Penggunaan warna kelabu gelap di sisi katil dijadikan sebagai titik fokus. Anda tidak semestinya hanya menumpukan di atas kepala katil untik dijadikan titik fokus. Ruang kamar ini kian terserlah kerana gabungan warna yang kontra ini tidak mencacatkan ruang kamar anda. Jika berani, cuba guna skema warna ini di ruang kamar anda.
kod warna 2 : S0520-G90Y