PING PANG PET POT INSPIRASI ANA - 7/Jun/2010
Dalam pemilihan warna, saya perlu telitikan terlebih dahulu konsep yang anda mahukan. pemilihan warna juga selari dengan perabot, tile, sofa serta langsir anda. Tetapi diingatkan, hanya anda yang berani sahaja akan berani bermain dengan warna-warna ini. Ada sebilangan daripada anda takut untuk bermain dengan warna. Jangan risau, sekarang terdapat pelbagai pilihan warna yang boleh anda pilih. Antara mahu atau tidak sahaja.
Sekiranya anda ingin mengaplikasikan dua warna di dalam ruang tamu anda. Pilihlah satu warna yang tonanya gelap dan satu lagi dari tona yang terang. Menggunakan warna yang bersebelahan adalah selamat kerana ianya dalam satu keluarga yang sama. Bagi mereka yang berani, warna kontra seperti ungu dan kuning juga mampu menyerlahkan ruang anda. Warna yang anda pilih melambangkan keperibadian anda. Jadi pilihlah warna yang membuatkan anda rasa tenang, gembira dan harmoni.
Bagaimana pula cara untuk mengenalpasti ruang yang dipengaruhi cahaya lampu?. Terdapat pelbagai jenis lampu yang mampu memberi penampilan yang berbeza pada warna yang anda pilih. Contohnya, mentol biasa akan menaikkan seri rna kuning, merah dan perang namun menjadikann warna-warna lembut menjadi kurang bermaya. Lampu kalimantang pula menonjolkan warna hijau dan biru namun memudarkan warna merah dan kuning. Lampu halogen menimbulkan warna sebenar kerana cahayanya tidak ubah seperti pancaran mentari. Jadi, amati ruang sekeliling sebelum memulakan proses pengecatan.
Tepuk dada tanya hati, barulah dapat warna yang digemari.....=)