Pot Pet Pot Pet Inspirasi Ana - 22/June/2010
Kali ini, saya hanya mahu membicarakan tentang gelagat-gelagat pelanggan yang mahu memilih warna untuk kediaman mereka. Ada yang serius ada juga yang ramah. Apabila saya dapat pelanggan yang serius, takut juga dibuatnya. Almaklumlah saya baru saja dalam bidang warna ini. Sesekali ditanya soalan yang sukar, tergagap-gagap juga hendak menjawabnya. Apatah lagi bila bertanya mengenai cat kereta. Lagilah saya terpinga-pinga. Sebabnya cat kereta luar dari pengetahuan saya. Sikit-sikit bolehlah...
Pelanggan yang ramah pula, senang untuk berkomunikasi dan senang memahami apa konsep yang saya jelaskan. Mereka juga tak segan silu untuk bertanya. Janji soalan yang ingin ditanyakan, tidak lari dari apa yang saya tahu. Kalau tidak, sudah tentu tak terjawab. Apa-apa pun, pelanggan sentiasa betul...betul kan??.
Walau apapun, pelanggan tetap menjadi keutamaan...