PANDUAN KESELAMATAN 25/Jun/2010
Keselamatan semasa mengecat amat dititikberatkan dalam proses pengecatan. Anda perlu tahu di antara panduan keselamatan semasa mengecat.
Baca label dan fahami amaran yang diberikan. Pakai topi, sarung tangan dan pelindung mata yang sesuai.
Jauhkan cat daripada kanak-kanak.
Simpan lebihan cat di tempat yang sejuk, kering dan berudara.
Sekiranya terkan amata, cuci tangan dengan air yang banyak, dapatkan rawatan sekiranya sakit berterusan.
Sekiranya terkena kulit, kesat segera dengan kain dan cuci dengan air da sabun.
Tutup tin dengan rapat selepas digunakan. Jagan biarkan cat terdedah.
Gunakan beg sampah khas untuk cat dan pastikan ia dibuang kedalam tong sampah yang bertutup.
Pastikan peredaran udara yang baik ketika mengecat. Buka tingkap dan pintu sekiranya terdapat bau yang kurang menyenangkan.
Langkah-langkah semasa mengecat perlu diikuti bagi memastikan hasil yang terbaik serta mengurangkan kesan kotor.
Siling – mulakan dengan mengecat siling bagi mengelakkan daripada cat menitik keatas permukaan yang baru dicat. Cat mengikut arah lebar terpendek untuk hasil yang lebih sekata.
Dinding – mulakan dengan sempadan dinding dan sapukan kebawah. Pada dinding atau pintu, cat bahagian atas diikuti bahagian tepi dan bawah.
Pintu dan Tingkap – tutup kawasan seperti tombol/sendal yang tidak perlu dicat dengan pita pelekat. Cat dalam bahagian dalam bingkai, diikuti bahagian luar. Untuk pintu, cat permukaan yang timbil diikuti panel, segmen mendatar, segmen menegak dan diakhiri dengan bingkai.
Lantai – bahagian terakhir, selepas cat pada dinding, pintu dan tingkap kering.
Setelah anda mengetahui cara-cara untuk melakukannya dnegan betul dan selamat, mulakanlah kerja-kerja mengecat anda. Ianya pasti menyeronokkan!!.