April 2011

Kaedah Mix Cat...29/04/2011

hai semua...klu anda pertama kali mahu membeli cat di kedai cat, pasti akan tertanya2 bagaimana cat dibancuh bukan??selalunya cat yang ada adalah yg ready stock dari kilang. So? bagaimana pula kalau warna cat yg anda inginkan pula dibancuh di kedai?? ok...kali ini, saya akan memberitahu anda bagaimana caranya untuk membancuh cat... ianya bukan sesukar membancuh kek ok... seperti isu yg pernah sy terangkan sebelum ini....

note : contoh gambar ini diambil semasa kami sedang mix cat EA-4... ini adalah cat protective coating seperti dalam isu Protective Coating bulan lepas.


kod warna dimasukkan...

terdapat 4 kompenen warna yg digunakan untuk mix cat ini....

mix cat dalam proses

label cat...

label akan ditampal pada setiap tin cat...

ini adalah base...base kebiasaanya berwarna putih...

salah satu drpd warna yg sedang drop...

setelah proses dropping selesai....

tin cat akan dimasukkan ke dalam shaker selama 1 minit.


taraaa... inilah hasilnya.......


inilah cara2 yang akan dilakukan pada setiap tin cat yang perlu dibancuh... mudah bukan?? anda hanya perlu menunggu dalam 10minit untuk warna pilihan anda siap sepenuhnya...

Apa itu Sealer?? 26/04/2011

Selama ini kita sering mendengar perkataan SEALER/UNDERCOAT. Anda tahu apa maknanya??. Mungkin ada di kalangan anda tahu apa maknanya. Bagi yang tidak tahu… mari kita sama2 belajar dan memahami apakah itu sealer/undercoat.

SEALER… merupakan satu bahan untuk melindungi satu permukaan dari pengoksidaan, kemerosotan semula jadi dan penderaan fizikalnya..ianya juga merupakan cat air berwarna putih yang juga merupakan cat alas untuk lapisan pertama yang diaplikasikan pada dinding batu yang baru atau mengecat semula permukaan.

UNDERCOAT mempunyai fungsi yang sama dgn sealer, hanya yang membezakan kedua jenis produk ini adalah sealer berasaskan air dan hanya sesuai untuk permukaan dinding dan undercoat pula adalah berasaskan minyak untuk besi atau kayu. Anda sudah dapat membezakan antara dua jenis produk ini bukan??

Apa tujuan kita menggunakan sealer?...bagi mendapatkan hasil yang baik…sealer digunakan untuk menutup serta melindungi cat dari serangan bahan alkali dan lembapan pada permukaan dinding. Ia juga membantu mencegah peroi di dinding serta dapat mengekalkan warna cat. Dalam erti kata lain..sealer membantu mempertahankan cat anda supaya tahan lama. Menggunakan sealer mampu memberikan lekatan yang baik pada cat anda.


contoh sealer...



Newer Posts Older Posts

Segalanya mungkin dengan WARNA...serlahkan kediaman anda dengan pilihan WARNA yang menarik....Inspirasi Ana akan membantu menjadikan impian anda menjadi nyata...hanya dengan WARNA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...