2011

Putty Filler - 21/12/2012

Salam semua... pasti ada di antara anda yang tahu tentang kewujudan bahan kimia ini... dan pasti juga ada di antara anda tidak mengetahui apakah fungsi dan kegunaannya.


Apa itu Putty Filler??... sebenarnya Putty Filler ialah pengisi selulosa serbaguna yang digunakan untuk menutup pedalaman ataupun lubang yang terdapat pada dinding. Secara ringkasnya... kegunaan Putty Filler adalah untuk menutup lubang ataupun rekahan pada dinding. Ianya sangat ekonomi, mudah dan senang digunakan. 


Terdapat pelbagai jenis Putty Filler yang ada di pasaran. 


CARA MENGGUNAKAN


Pastikan permukaan-permukaan yang ingin digunakan kering,bersih,bebas dari gris dan tiada bahan yang melekat.


Sapukan Putty Filler dengan skraper atau sudip


Gunakan sehingga kira-kira 2 - 3mm ketebalan dan biarkan ianya kering lebih kurang 20-30minit.


Sapukan lapisan kedua jika perlu.


Kemaskan sapuan Putty Filler dengan meggunakan kertas pasir setelah bahagian yang disapu itu kering untuk mendapatkan kemasan yang lebih baik.







Skema Warna Jotun (Interior) - 13/12/2011

salam semua... skema ni adalah atas permintaan salah seorang daripada client saya untuk pemilihan kombinasi warna kelabu untuk kamar tidur utama... =D

kombinasi 2 jenis kelabu yang tidak gelap. untuk ruang kelihatan luas. 

dark purple with soft grey.... moden jugak....
p/s : pelakon ayu raudhah pun ada guna dark purple tuk bt feature wall hall rumah dia...=D 

warna kelabu yg ada tona kecoklatan.... nampak moden... 

Merah dan kelabu.... warna yang sangat2 sesuai..... kelihatan elegan =D 

 pink kemerahan dan soft grey.... nampak romantik...=D




DULUX EASY CLEAN...26/11/2011

Salam semua.... pernahkah anda mengambil tahu tentang DULUX EASY CLEAN?... apa itu?, bukankah Dulux ada Pentalite Easy Clean?. tak sama ke?.... Baiklah semua... sebenarnya sama sahaja kedua2 produk ini. Cuma di masa akan datang Dulux Petalite Easy Clean tidak akan dikeluarkan lagi. Nama baru bagi produk ini ialah Dulux Easy Clean. Jangan risau, isu tentang kualiti dan kuantitinya tetap sama.... ok.... so, lepas ni anda jangan terkejut kalau anda minta Pentalite Easy Clean, anda dapat tin lain pula...




Nippon Momento Wallpaper Paint - 16/11/11

Salam semua... kali ini saya akan memperkenalkan anda dengan cat terbaru keluaran Nippon Paint iaitu Momento Wallpaper Paint. Cat ini diformulakan dengan rendah kandungan VOC. Ianya juga bebas dari serangan formaldehide dan kandungannya tiada merkuri dan dibuat untuk satu persekitaran yang sihat. Cat ini disarankan untuk kegunaan cat dalaman, siling dan lain2 yang sesuai.

Apa kegunaan cat ini? mesti anda tertanya2 bukan???... bagi mereka yg menggemari wallpaper yg ditampal di dinding tp takut pada risiko akan terkoyak, warna luntur dan tidak tahan lama.... maka, inilah cara untuk mengelak semua itu berlaku. Dengan adanya cat ini dapat memberikan anda satu hasil yang mewah dan menawan apatah lagi anda boleh memilih warna mengikut kesukaan anda.... harga setiap tin bedasarkan tempat di mana anda membelinya.... =D

P/s : kualiti gambar kurang memuaskan... harap maaf...
sumber : Catalog cat Momento Wallpaper Paint






cara2 untuk menghasilkannya...








Mr.Paint Man Superwash Hygienic Coating (07/09/2011)

Salam semua, masih belum terlambat untuk saya di Inspirasi Ana untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Bagaimana dengan sambutan perayaan pada kali ini??.. mudah2an mendapat keberkatan.

Kali ini, saya ingin memperkenalkan produk keluaran terbaru dari Mr.Paint Man iaitu  Mr.Paint Man Superwash Hygienic Coating. Produk yang memiliki kuasa pembersih, kuasa perlindungan dan kuasa selaput. Ianya satu2nya produk yang mampu membunuh hampir 99.9 peratus bakteria.



Mr.Paint Man Superwash Hygienic Coating merupakan cat premium mudah cuci yang tahan lasak dengan kemasan kilauan untuk dinding dalaman kediaman anda. Formulasi emulsi premium yang diperbaharui ini mampu :

1. Tahan pencucian kerap dengan menggunakan disinfektan atau anti bakteria bagi mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih bersih dan sihat.

2. Menangkis hinggapan kotoran dan habuk pada dinding agar kekal bersih untuk jangkamasa yang lama.

3. Teknologi Nano Silver terbukti berkesan terhadao kebanyakkan mikroorganisma yang mengakibatkan penyakit.

Mr.Paint Man Superwash Hygienic Coating sedia memberikan perlindungan terbaik untuk keluarga anda.



1. Cat Emulsi bergred premium yang tahan pencucian menggunakan bahan disinfektan.

2. Cat mudah cuci dengan 10x Kuasa Pencucian

3. Jaminan perlindungan lebih dari 5 tahun.

4. Pencucian lebih mudah dengan fungsi bebas kotoran.

5. Perlindungan anti-bakteria serta merta dengan Teknologi Nano Silver.

6. Formulasi mesra alam bagi mengurangkan alergen dan bau cat sekaligus melindungi dan menjaga keluarga anda.


Sumber : Mr. Paint Man Catalog....

Skema Warna - Ruang Tamu ~ 11/08/2011

Selamat berpuasa semua.... pasti ada di antara anda semua sudah terfikir untuk menukar cat kediaman anda sempena Aidilfitri bukan??... tetapi tiada idea warna apa yang menarik untuk diaplikasikan. Saya mengambil inisiatif untuk membantu anda memilih warna yang sesuai mengikut citarasa ramai. Kebanyakkan gambar yang akan anda lihat adalah bedasarkan warna pilihan yang dipilih oleh client2 saya. Pilihan warna bedasarkan Jotun Colour Advisor di mana warna yang dipilih adalah mengikut standard katalog ataupun NCS kod.














Jotun Woodshield (true wood protection) - 10/08/2011

Anda sinonim dengan perkataan syelek??varnish??... begitu jugalah dengan jotun woodshield.. apakah dia???.... ianya adalah cat kemasan yang melindung permukaan kayu seperti perabot, almari, meja dan sebagainya dengan memberi aplikasi pelindung yang utama kepada bahan yang di cat.

Jotun Paint kali ini memperkenalkan 2 jenis produk baru mereka iatu Jotun Woodshield Exterior dan Jotun Woodshield Deck. Apakah perbezaan antara 2 produk ini??... ok mari kita lihat....


Jotun Woodshield Exterior adalah rumusan formula yang telah dispesifikasikan dengan 2X Perlindungan UV, fleksibiliti yg bagus dan kadar kekeringan yang unggul sehingga ke dalam kayu. Ianya melindungi kayu 2X lebih lama berbanding kemasan cat yang lain.


Jotun Woodshield Deck pula adalah pelindungan muktamad untuk permukaan kayu yang terdedah kepada unsur-unsur haus dan lusuh yang kerap. Ianya memberikan kesan yang unggul dan menahan permukaan dari tercalar. Sesuai untuk permukaan kayu luaran (dek), lantai kayu dalaman, perhiasan taman dan semua jenis kayu yang selalu digunakan.








Ikatan Warna - 02/08/2011


anda tahu mengenai ikatan warna??... mari kita lihat ikatan2 warna yang terdapat dalam warna.



MERAH
ikatan : darah, api, haba, pertandingan, emosi, optimisme, valentine's day.
sifat : berani, menarik, seksi, dinamik, kuat, ligat, ghairah
sampel warna : Nippon : Sashay Red (262A)

OREN
ikatan : pengembaraan, ekstoversi, sambutan, harga murah, keselamatan.
sifat : bertenaga, panas.
sampel warna : Nippon : Caronette Orangw (253A)

KUNING
ikatan : matahari, kretif, imaginasi, optimisme, masa depan, semangat, pembaharuan.
sifat : meriah, gembira, panas.
sampel warna : Nippon : Meadow Daisy (231A)

HIJAU
ikatan : persekitaran, alam semulajadi, keseimbangan, musim bunga, kesuburan, cemburu
sifat : penyembuhan, kesegaran, tenang, bersih.
sampel warna : Nippon : Leprechaun (22A)

BIRU
ikatan : ketergantungan, kemalaran, air, udara, kesetiaan, aman, percaya, kesedihan, ketulenan.
sifat : tenang, ketenangan, suci
sampel warna : Nippon : Liberty Blue (281A)

UNGU
ikatan : kerohanian, kesenian, keghairahan, kekretifan, sensitif, ketaatan, kesombogan, kemurungan.
sifat : misteri, kompleks, menarik, menarik minat
sampel warna : Nippon : Paradise Bird (273A)

MERAH JAMBU
ikatan : kemanisan, romantik, kehalusan, kelembutan, kesucian, feminin
sifat : simple, tenangm ceria, tidak bermasalah, emosi
sampel warna : Nippon : Alphine Pink (7143D)

COKLAT
ikatan : keharmonian, kestabilan, asas, jantung, keneutralan, bumi, rumah
sifat : boleh dipercayai, selesa, setia, mudah
sampel warna : Nipoon : Bedfod (134A)

HITAM
ikatan : seksi, malang, malam, kuasa, jahat, kematian, berkabung, kesederhanaan, kecanggihan
sifat : bergaya, misteri, canggih, berkuasa
sampel warna : Nippon : Black (144)

KELABU
ikatan : kebosanan, neutral, keselamatan, kesejukan, abu, konservatif
sifat : pelindung, keselamatan, praktikal, bergaya, kebergantungan.
sampel warna : Nippon : Trojan Grey (4233D)

PUTIH
ikatan : tenang, kesucian, kemandulan, berkabung(cina&india), pengantin, kanvas putih
sifat : kesucian, bersih, kesegaran, moden, teratur
sampel warna : Nippon : White (145)

Jotun Raya Merdeka Bonanza.... - 15 Jun 2011

hai semua... hari ni saya update lagi blog ini.... okey... kepada sesiapa yg meminati cat keluaran Jotun.. jangan lepaskan peluang untuk memenangi wang tunai melebihi RM51000.... huyooo!!.... banyak bukan???..

Peraduan ini sah mulai hari ini... 15 Jun 2011 sehinga 10 Ogos 2011. Apalagi??? dapatkan borang penyertaan di mana2 cawangan yang menjual cat Jotun yg berhampiran dengan anda.... dengan hanya membeli 1 tin per 5 liter... anda layak menyertainya.....







Promosi Pearl Glo - 15 Jun 2011

hai semua.... sekarang ni ade promosi 2 x 5 liter ICI Pearl Glo dan dapatkan 1 beg percuma. Selagi stok masih ada ya.... ada 5 jenis warna tuk dijadikan koleksi anda... =)






Produk Baru ~ DULUX PURE (07 Jun 2011)

Hai kawan2 semua... hari ini saya nak memperkenalkan anda dengan produk keluaran terbaru dari Dulux iaitu Dulux Pure... produk ini merupakan salah satu produk cat yang rendah kandungan sebatian meruap (VOC) dan mempunyai ciri2 perlindungan anti-kulapuk, anti-kulat dan anti-bakteria. Ia bertindak meneutralkan formaldehid serta mengurangkan jumlah VOC di udara.






Kenapa anda perlu pilih DULUX PURE???

1. Rendah VOC.
2. Meneutralkan formadehid.
3. Mematuhi piawaian JC/T 1047-2008 di dalam 'kaedah
ujian prestasi penulenan lapisan udara.
4. Anti bakteria.
5. Tahan serangan kulapuk dan kulat.
6. Aliran mudah.
7. Tekstur rata.
8. Kemasan kilat yang nipis.
9. Tiada penambahan plumum atau merkuri.
10. Diperakui GreenLabel.
11. Diperakui Sirim 'Eco-Label'.
12. Kelegapan unggul.
13. Mudah disapu.
14. Ketahan Premium.
15. Warna yang kekal berpanjangan.
16. Handal menutupi permukaan.
17. Rendah bau.


HARGA : mengikut harga dari komputer.

SUMBER : Katalog Dulux Pure





New Packaging - Nippon 9000 Gloss Finish

hai... anda semua tahu tak yang produk Nippon 9000 dah di repack kan semula dgn design yg lebih menawan??.... so, saya nak bagitahu anda... bahawasanya... fungsi cat ni adalah sama, jangan terkejut pula bila dapat tin cat yang lain daripada biasa....

ok..sebelum tu...saya nak terangkan tentang cat ini.... Nippon 9000 adalah cat kemasan yang berasaskan minyak... sesuai digunakan untuk kayu dan besi... ianya memberi perlindungan dan pengekalan yang sangat bagus. Selain itu, cat ini memberikan kilauan premium yang tinggi sekaligus menambah butiran dan tekstur kayu dan permukaan logam....

old packaging

new packaging



Newer Posts Older Posts

Segalanya mungkin dengan WARNA...serlahkan kediaman anda dengan pilihan WARNA yang menarik....Inspirasi Ana akan membantu menjadikan impian anda menjadi nyata...hanya dengan WARNA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...